Penduduk kota Rosario, tempat kelahiran bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, menaruh harapan tinggi bahawa bintang bola sepak itu mampu membawa pulang trofi Piala Dunia.<br /><br />Bandar yang terletak 300 kilometer di utara Buenos Aires itu, dipenuhi dengan mural wajah Messi, terutamanya di La Bahada kejiranan kelas pertengahan tempat dia dibesarkan sebelum berpindah ke Barcelona.
